Cari @ Amanz

Setiap produk OnePlus yang dilancarkan, pasti akan ada edisi khas seperti warna yang istimewa, bertemakan Star Wars atau Avengers, atau juga pilihan warna merah. Terkini, OnePlus 6T dilihat mungkin akan mempunyai pilihan warna cerunThunder Purple‘.

Sudah menjadi trend untuk beberapa pengeluar peranti Android, hadir dengan pilihan warna cerun buat peranti mereka (terima kasih kepada Huawei). Kini OnePlus, dilihat mungkin akan mengikuti trend ini. Maklumat ini diketahui selepas, laman RMA (return merchandise authorization) OnePlus secara tidak sengaja menyenaraikan OnePlus 6T Thunder Purple.

Kemudian, di Amazon turut tersenarai sebelum ini yang menyatakan OnePlus 6T Thunder Purple boleh ditempah bermula 30 November. Sebelum ini, di saluran YouTube Mrwhosetheboss – beliau telah memperlihatkan prototaip OnePlus 6 dengan warna yang lebih kurang sama. Jika OnePlus 6 tiada pilihan ini, mungkin akan hadir pada OnePlus 6T?

Apa-apa pun, warna ini nampak menarik dan unik. Saya sendiri ingin lihat satu warna baru dalam barisan produk OnePlus. Agak bosan dengan warna lebih kurang sama iaitu hitam, merah dan putih. Anda bagaimana?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd