Cari @ Amanz

Apple Menjual 46.9 Juta iPhone, 9.7Juta iPad Dan 5.3 Juta Mac Pada Suku Ketiga 2018

Link Copied!

Laporan kewangan Apple untuk suku ketiga 2018 telah diumumkan pagi ini dan tidak mengejutkan mereka terus mencatatkan keuntungan yang tinggi. Apple mencatatkan jualan bernilai $62.9 bilion dengan keuntungan bersih $14.1 bilion. Sebanyak 46.9 juta iPhone terjual berbanding 46.7 juta pada suku yang sama yang lalu. Sungguhpun begitu nilai jualan meningkat 29% kerana harga peranti yang lebih mahal.

Sebanyak 9.7 juta iPad berjaya dijual tetapi menurun 6% berbanding 10.3 juta pada suku yang sama 2017. Jualan Mac pula mencecah 5.3 juta tetapi menurun sedikit sebanyak 2% berbanding 5.4 juta pada suku yang sama 2017. Tiada angka jualan untuk Apple Watch, HomePod, iPod dan Apple TV. Tetapi nilai jualan meningkat 31% ke $4.3 bilion berbanding $3.23 bilion. iPhone menyumbang 59% nilai jualan diikuti oleh perkhidmatan (16%), Mac (12%), iPad (7%) dan lain-lain (7%).

Melihat angka jualan iPad dan iPhone yang tinggi, tidak mengejutkan Apple kini menumpukan perhatian kepada dua peranti ini sebagai “komputer riba” masa hadapan. Jualan Mac tidak tinggi dan pengguna tidak kerap membeli komputer baharu. Selamat datang ke dunia pasca komputer peribadi.


Komen ()