Dunia semakin cakna mengenai kesan gas rumah hijau dan pemanasan global. Pengeluar kereta ternama mula memasarkan kenderaan elektrik dan hibrid bagi mengurangkan pencemaran. Di Hyundai dan Kia, proses pelestarian kereta melangkah setapak lagi dengan rancangan untuk meletakkan panel solar pada kenderaan terpilih.
Tiga jenis panel solar akan digunakan. Panel pertama yang merupakan panel solar biasa akan diletakkan pada bahagian bumbung kenderaan petrol, hibrid dan elektrik. Dengan adanya panel solar, kecekapan penggunaan tenaga pada kereta akan meningkat. Ia walau bagaimanapun masih belum cukup untuk membekalkan kuasa kepada kenderaan elektrik tetapi boleh menjana untuk keperluan sistem hiburan misalnya.
Panel solar kedua mempunyai rekaan lutcahaya yang akan digunakan pada kenderaan hibrid. Ini menolehkan penumpang melihat keluar tanpa halangan. Akhir sekali ialah penggunaan panel pada tubuh kenderaan model mesra alam. Panel akan diletakkan bukan sahaja pada bumbung tetapi pada penutup enjin dan sisi kenderaan. Ini akan memaksimakan penjanaan elektrik. Pihak Hyundai dan Kia bercadang memperkenalkan kenderaan dengan panel solar ini seawal tahun 2019.