Samsung Mempatenkan Sistem Navigasi Berasaskan Tekanan Pada Sisi Skrin Dan Butang Kuasa

Samsung Mempatenkan Sistem Navigasi Berasaskan Tekanan Pada Sisi Skrin Dan Butang Kuasa

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Apple mempunyai sistem 3D Touch untuk memaparkan pilihan apabila ikon aplikasi ditekan. Google pula mempunyai sistem navigasi genggaman bingkai pada peranti Pixel untuk melancarkan Assistant. Samsung mungkin akan mempunyai fungsi setanding pada peranti mereka berdasarkan paten yang baru difailkan.

Menerusi paten di atas, skrin dapat mengesan tekanan yang diberikan pada kedua-dua sisi. Ini boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai aksi. Tidak seperti sistem pada Pixel,  tiada sensor tekanan pada bingkai digunakan dan hanya pada skrin.

Kedua mereka turut mempatenkan butang kuasa yang boleh mengesan tekanan berbeza. Ini kemudian boleh diprogramkan untuk mengaktifkan mod kecemasan, memulakan semula peranti atau mematikan peranti.

Kesemua paten difailkan pada April 2017 dan hanya diterbitkan semalam. Seperti biasa tidak semua paten akan muncul pada peranti sebenar.


TIPS & ULASAN