Jika anda sedang membina sebuah komputer yang memerlukan kuasa CPU yang sangat berkuasa, pihak AMD Malaysia hari ini mengumumkan bahawa lima CPU AMD Ryzen Thrreadripper generasi kedua sudahpun mula dijual di pasaran tempatan.
Kelima-lima CPU tersebut termasuklah CPU AMD Ryzen Threadripper 2920X, AMD Ryzen Threadripper 2950X, AMD Ryzen Threadripper 2970WX dan AMD Ryzen Threadripper 2990WX.
CPU Threadripper 2920X hadir dengan 12 teras dan 24 bebenang kuasa, manakala Threadripper 2990WX pula mempunyai 32 teras dan 64 bebenang kuasa, dan kesemua CPU ini hadir dengan kuasa dan tanda harga yang berkenaan dengan keperluan anda.
Tanda harga untuk CPU-CPU AMD Ryzen Threadripper generasi kedua ini adalah seperti berikut:
- AMD Ryzen Threadripper 2920X – RM2749
- AMD Ryzen Threadripper 2950X – RM3899
- AMD Ryzen Threadripper 2970WX – RM5499
- AMD Ryzen Threadripper 2990WX – RM7999