Cari @ Amanz

Antutu Mengeluarkan Senarai Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang Oktober 2018

Link Copied!

Antutu Benchmark sedia terkenal sebagai aplikasi membuat tanda aras prestasi untuk peranti Android. Terkini, Antutu mengeluarkan senarai peranti dengan prestasi terbaik sepanjang bulan Oktober 2018.

Mengejutkan, tiga tangga teratas adalah siri Huawei Mate 20 iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X. Jarang sekali peranti yang dijana mendapat tempat tinggi seperti ini dalam Antutu. Ini mungkin kerana, cip yang digunakan adalah dengan rekaan 7nm yang jauh lebih efisyen. Kemudian adalah kedua-dua peranti Black Shark iaitu Black Shark dan Black Shark Helo. Ini mungkin dua Black Shark ini hadir dengan sistem penyejukan yang baik, serta mempunyai sistem operasi yang dioptimasikan khas untuk prestasi tinggi.

Berikut adalah senarai telefon pintar mengikut turutan dari yang tertinggi sehingga yang berada di peringkat paling bawah.

  1. Huawei Mate 20 – 311840
  2. Huawei Mate 20 Pro – 307693
  3. Huawei Mate 20 X – 303112
  4. Black Shark Helo – 301757
  5. Black Shark – 293544
  6. Meizu 16th – 292394
  7. OnePlus 6 – 292371
  8. Asus ROG Phone – 291701
  9. Smartisan Nut R1 – 291102
  10. Nubia Z18 – 290332

Semua peranti yang disenaraikan ini adalah peranti Android yang dijana dengan pemproses peranti mercu terkini iaitu Qualcomm Snapdragon 845. Sayang sekali, OnePlus yang dahulu terkenal dengan prestasi yang hebat – kini dilihat sudah menjunam.

Sebagai peringatan, markah tanda aras hanyalah nombor semata-mata dan prestasi sebenar adalah bergantung kepada pengguna dari segi cara penggunaan serta keselesaan.


Komen ()