Pengguna OnePlus 6? Kemaskini Ke Oxygen OS 9.0.2 – Hadir Dengan Ciri Seumpama OnePlus 6T

Pengguna OnePlus 6? Kemaskini Ke Oxygen OS 9.0.2 – Hadir Dengan Ciri Seumpama OnePlus 6T

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Baru dua hari yang lepas, OnePlus hadir dengan Oxygen OS Open Beta 6 buat pengguna OnePlus 6. Versi beta ini hadir dengan beberapa ciri daripada OnePlus 6T. Hari ini, OnePlus mula mengedarkan kemaskini Oxygen OS 9.0.2 – iaitu versi stabil untuk OnePlus 6 dengan ciri-ciri OnePlus 6T.

OnePlus 6

Seperti yang hadir dalam beta sebelum ini, Oxygen OS 9.0.2 turut mempunyai fungsi kamera mod malam, Nightscape. Selain itu ia turut mempunyai Studio Lighting untuk memberi kesan pencahayaan yang baik seperti pada kontur wajah. Berikut adalah senarai penuh;

  • Sistem
    • Kawalan navigasi gesture baharu
    • Antaramuka mengenai peranti yang terbaru
    • Penggunaan kuasa ketika standby yang lebih baik
    • Tampalan sekuriti November
    • Mengakses pembantu maya secara pantas dengan menekan butang kuasa selama 0.5 saat
    • Pembaikan pepijat dan pembaikan am
  • Kamera
    • Menambah Nightscape
    • Menambah Studio Lighting untuk meningkatkan kontur wajah

Peringatan: Oxygen Updater, sudah tidak boleh digunakan lagi

Kemaskini ini sudah pun diedarkan buat semua pengguna OnePlus 6 yang menjalankan Oxygen OS stabil. Jika masih tidak dapat, anda boleh cuba gunakan VPN atau muat turun ROM dari laman muat turun rasmi.

Muat Turun: Oxygen OS 9.0.2 Untuk OnePlus 6


TIPS & ULASAN