Aktiviti e-sukan semakin popular di kalangan belia di Malaysia, dan semakin banyak pertandingan-pertandingan e-sukan yang diadakan setiap hujung minggu.
Sewaktu pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan akan melabur sebanyak RM10 juta untuk mengembangkan industri e-sukan tempatan.
Pelaburan tersebut juga dikatakan akan disalurkan kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk membangunkan industri tersebut sebagai sebuah aktiviti riadah yang bukan sahaja seronok dan sihat untuk golongan belia, tetapi juga sebuah industri yang meguntungkan.
Mungkin selepas ini, kita akan melihat lebih banyak lagi pertandingan-pertandingan e-sukan hadir di arena tempatan.
RM10 juta untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital. #Belanjawan2019
— Ministry of Finance (@MOFmalaysia) November 2, 2018