Cari @ Amanz

Ketika pembentangan Belanjawan 2018 yang baru usai sebentar tadi, kerajaan menyasarkan kelajuan jalur lebar 30Mbps untuk kawasan luar bandar dan terpencil dalam masa lima tahun. Ini akan dilakukan di bawah inisiatif Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang menerima peruntukan RM 1 bilion.

Ini merupakan kesinambungan Rancangan Malaysia Ke-11 yang diumumkan pentadbiran terdahulu. Besar kemungkinan capaian internet di kawasan luar bandar dan terpencil ini akan dilakukan menerusi rangkaian muda alih. Capaian Internet jalur lebar adalah penting bagi menggalakkan perkembangan ekonomi digital negara. Sebagai pengguna, penerusan polisi jalur lebar pentadbiran terdahulu oleh kerajaan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang positif kerana tidak merugikan rakyat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd