Cari @ Amanz

Pengeluar peranti mula mengeluarkan laporan jualan suku ketiga 2018 mereka minggu lalu. Berita buruk untuk semua ialah pengeluaran peranti merosot 3% berbanding suku yang sama tahun lalu. Ini adalah mengikut laporan terkini IDC. Samsung masih di tangga pertama dengan 20.3% diikuti oleh Huawei (14.6%), Apple (13.2%), Xiaomi (9.7%) dan Oppo (8.4%).

Merisaukan bagi Samsung ialah penyusutan pengeluaran sebanyak 13.4% berbanding suku yang sama tahun lalu. Samsung dan Oppo adalah dua syarikat di dalam kelompok lima pengeluar terbesar yang mencatatkan pertumbuhan negatif. Huawei menunjukkan peningkatan agresif 32.9% diikuti oleh Xiaomi (21.2%) dan Apple (0.5%). Pasaran telefon pintar mungkin menurun tetapi pengeluar dari China semakin mendominasi pasaran dipercayai kerana penawaran harga yang kompetitif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd