Cari @ Amanz

Diablo Bakal Hadir Ke Telefon Android Dan iPhone Anda

Oleh Aman

Link Copied!

Diablo merupakan salah satu permainan yang popular, dan dimainkan jutaan pemain seluruh dunia. Versi terakhir yang ditawarkan adalah Diablo 3, dan hari ini, Blizzard membuat kejutan dengan mengumumkan penawaran Diablo untuk peranti mudah-alih.

Diablo Android

Diablo untuk telefon pintar ini dikenali dengan nama Diablo : Immortal, dan dibangunkan oleh Blizzard bersama-sama pembangun terkemuka dari China, iaitu Netease.

Seperti biasa, Diablo pada telefon pintar menawarkan pilihan sekitar 6 watak berbeza, dan pengguna akan ditawarkan misi yang penuh aksi untuk mereka tamatkan.

Pengumuman permainan ini menerima reaksi berbeza daripada para peminat Diablo seluruh dunia, dimana ada yang menyukainya, dan begitu juga sebaliknya. Malah ada yang turut mengatakan permainan ini sekadar menawarkan sedikit perbezaan berbanding satu lagi permua daripada NetEase, iaitu Crusaders of Light.

Apa pun, bagi anda yang berminat dengan permua Diablo, boleh mendaftarkan minat anda hari ini, dan memuat-turunnya apabila ia tersedia kelak.


Komen ()