Cari @ Amanz

Pelbagai pengeluar peranti kini telah bersaing antara satu sama lain untuk menjadi antara yang terawal menawarkan telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G. Kini, mengikut laporan baru yang hadir ke arena web, ia dikatakan Apple mungkin menawarkan telefon pintar mereka dengan sokongan 5G menjelang 2020 kelak.

Ia dikatakan Apple akan menggunakan cip modem daripada Intel untuk sokongan 5G, selain turut melihat kepada MediaTek untuk menggunakan cip modem mereka sekiranya penawaran Intel menghadapi masalah teknikal.

Apple iPhone XS

Intel sendiri sebelum ini telah mengatakan beberapa komputer riba dengan cip mereka akan hadir dengan sokongan 5G pada 2019 kelak.

Walaubagaimanapun, perlumbaan menjadi terawal menawarkan peranti 5G ini juga mungkin tidak begitu berguna kepada pengguna berbanding hanya meningkatkan harga – memandangkan pelbagai syarikat telekomunikasi dunia masih tidak bersedia dengan rangkaian 5G mereka sehingga ke hari ini. Di Malaysia sendiri, ujian awal untuk rangkaian 5G akan dijalankan di Cyberjaya dan Putrajaya sehingga November hadapan, sebelum membuat penentuan pengenalan komersilnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd