Cari @ Amanz

OnePlus Kini Memegang Rekod Dunia Untuk Paling Ramai Nyah-Kotak Telefon Secara Serentak

Oleh Aman

Link Copied!

Terdapat pelbagai variasi rekod dunia yang dipegang pelbagai jenama seluruh dunia. Terkini, ia dilihat OnePlus mengumumkan yang mana kini mereka memegang rekod dunia untuk angka pengguna paling ramai nyah-kotak suatu telefon secara serentak.

Melalui rekod dunia yang dicatatkan melalui Guinness World Record pada 1 November 2018 lepas, seramai 559 orang telah menyertai untuk nyah-kotak OnePlus 6T pada waktu yang sama.

Rekod dunia ini dicatatkan oleh OnePlus di India, selari dengan pelancaran telefon pintar OnePlus 6T disana.

Dengan catatan rekod ini, adakah kita akan melihat jenama lain mencabarnya, ataupun mengabaikannya sama sekali?


Komen ()