Samsung sebelum ini telah memperkenalkan pengimbas iris pada Galaxy Note 7 yang lepas – dimana melaluinya ia mengimbas mata pengguna untuk nyah-kunci peranti, sekaligus memberikan sekuriti tambahan kepada pengguna. Sejak daripada itu, beberapa peranti mercu lain daripada Samsung turut telah menyertakannya.
Namun, pada Galaxy S10 kelak, perkara berkenaan dijangka berubah. Samsung dikatakan akan membuang pengimbas iris pada Galaxy S10, dan menggantikan ia dengan pengimbas jari ultra-sonic pada skrin.
Compared to optical fingerprint sensors, the S10 ultrasonic fingerprint sensor is faster and has a larger recognition area, and 30% of the screens may be recognized.
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) November 2, 2018
Ia dikatakan pengimbas ultrasonic pada skrin ini berfungsi lebih pantas berbanding pengimbas jari pada skrin yang lain. Teknologi ini juga dikatakan digunakan secara khusus oleh Samsung untuk suatu tempoh masa sebelum ditawarkan oleh pengeluar lain.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan Galaxy S10 yang dijangka diperkenalkan sekitar Mac 2019 kelak.