Cari @ Amanz

#GalaxyNote9 – Memori 8GB RAM Yang Menawarkan Pengalaman Lancar Untuk Multi-Tugasan

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan dua variasi untuk pasaran tempatan, iaitu menggunakan cip 10nm, selain dijana memori 6GB RAM atau 8GB RAM. Dengan penawaran memori tinggi ini, ia sekaligus memudahkan anda membuka pelbagai aplikasi dengan pantas, serta kekal menjalankannya pada latar tanpa masalah.

Samsung Galaxy Note 9

Penawaran memori tinggi juga turut menawarkan kemudahan multi-tugasan untuk produktiviti, memudahkan anda membuka dua aplikasi pada sesuatu masa, selain turut menikmati kandungan multimedia seperti video dan permua tanpa masalah.

Samsung Galaxy Note 9

Selain pada telefon pintar sendiri, dengan penawaran memori tinggi juga, anda turut boleh menghubungkan peranti ke monitor dan menggunakan ia sebagai sebuah komputer penuh tanpa mengalami sebarang lengah masa.

Di Malaysia, Galaxy Note 9 dengan memori 6GB RAM ditawarkan pada harga RM3699, sementara 8GB RAM pula ditawarkan pada harga RM4599. Kedua-duanya boleh didapati daripada para pengedar tempatan seluruh dunia.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.


Komen ()