Carian
Rekaan Pengecas Nirwayar Motorola Tertiris
November 5, 2018 Effi Saharudin

Pengecas nirwayar adalah fungsi yang kami rasakan perlu ada bagi sebuah peranti mercu. Dengan wujudnya fungsi ini, pengguna tidak perlu membawa kabel yang berselirat di dalam beg. Minggu laku rekaan pengecas nirwayar Motorola telah tertiris selepas ia disenaraikan di laman Wireless Consortium.

Ini memberikan harapan baru mereka akan melancarkan peranti baru dengan sokongan pengecasan nirwayar terbina. Sebelum ini Moto Z hanya menyokong pengecasan nirwayar menerusi aksesori Moto Style Shell. Moto Z3 yang dilancarkan Ogos lalu hanya menggunakan pemproses Snapdragon 835 yang sudah berusia sedangkan pengeluar lain telah menggunakan Snapdragon 845.

Komen