Rekaan OnePlus 6T Dengan Warna Cerun Thunder Purple Tertiris

Rekaan OnePlus 6T Dengan Warna Cerun Thunder Purple Tertiris

Diterbitkan pada November 5, 2018 oleh .

Ura-ura OnePlus 6T bakal hadir dalam warna cerun Thunder Purple telah kami laporkan minggu lalu. Kewujudannya diketahui selepas ia disenaraikan di laman OnePlus India. Rekaan peranti ini akhirnya diketahui selepas imej pengolokan rasminya tertiris semalam.

Thunder Purple ialah warna cerun ungu ke violet yang dipopularkan oleh Huawei awal tahun ini. Dari segi rekaan tiada perubahan dilakukan pada peranti. OnePlus 6T ialah peranti dengan skrin 6.4″ AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 16+20 Megapixel, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 3700 mAh. Sebelum ini ia hanya ditawarkan dalam warna Mirror Black dan Midnight Black.


TIPS & ULASAN