Cari @ Amanz

Minggu lepas kami laporkan di mana OnePlus 6T berwarna cerun unggu ‘Thunder Purple‘ telah tertiris. Kemudian, beberapa jam yang lepas – rekaannya tertiris dan jelas kelihatan. Hari ini di Shenzhen, China – pada acara pelancaran OnePlus 6T buat negara asal OnePlus ini, OnePlus 6T edisi warna cerun ‘Thunder Purple‘ dilancarkan.

Trend warna cerun ini dimulakan oleh Huawei. Kemudian makin ramai mengikuti jejak langkah Huawei ini. Menurut OnePlus, panel belakang warna cerun ‘Unggu Guntur‘ ini sukar dihasilkan. Kemudian, tujuan mereka hasilkan warna ini adalah kerana ‘Teknologi itu romantik

Untuk OnePlus 6T warna baru ini, ia hanya ditawarkan buat storan 128/8GB. Harganya adalah sama dengan variasi 128/8GB iaitu RM2788. Adakah anda akan dapatkan warna ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd