Hari ini, HMD Global mengumumkan penawaran Nokia 5.1 Plus ini secara rasminya untuk pasaran tempatan, dimana ia akan dijual bermula 6 November 2018 pada harga RM899.
Nokia 5.1 Plus hadir dengan skrin 5.8-inci IPS LCD, dijana MediaTek Helio P60, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Untuk rakaman gambar, Nokia 5.1 Plus menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 5MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.
Dari segi perisian, ia menggunakan Android Oreo dibawah program Android One yang menjanjikan kemaskini semasa dengan pantas. Ia juga turut menggunakan sambungan USB-C – berbeza dengan pelbagai peranti berharga kompetitif yang masih menggunakan sambungan mikro-USB.
Di Malaysia, ia membawakan tanda harga RM899. Menariknya, untuk tempoh terhad, bersempena pengenalan ini, Nokia 5.1 Plus turut boleh dibeli melalui Lazada pada harga RM809.