Cari @ Amanz

Bersempena dengan musim perayaan Hari Deepavali minggu ini, kini Tune Talk mengumumkan penawaran panggilan percuma sehingga 6 November 2018. Panggilan percuma ini boleh digunakan pelanggan TuneTalk yang melanggan pakej data mingguan, bulanan atau tahunan.

TuneTalk Deepavali

Bagi anda yang menggunakan pelan berkenaan, boleh menghantar SMS dengan menaip DPVL ke 2222.

Anda akan menerima mesej pengesahan, sekaligus membolehkan anda menikmati panggilan tanpa had secara percuma ke semua talian seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd