Carian
Xiaomi Mi 8 Pro Dan Mi 8 Lite Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Ini
November 5, 2018 Aman

Xiaomi Malaysia kini melalui laman Facebook mengumumkan yang mana mereka bakal membawa masuk Xiaomi Mi 8 Pro dan juga Mi 8 Lite untuk pasaran tempatan secara rasminya bermula penghujung minggu ini.

Xiaomi Mi 8 Pro

Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite adalah variasi peranti Xiaomi Mi 8 sebelum ini. Mi 8 Pro hadir dengan skrin 6.21-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia dijana dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Selain spesifikasi tinggi, Mi 8 Pro turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Mi 8 Lite pula adalah variasi peranti berspesifikasi pertengahan dengan rekaan premium. Ia hadir menggunakan skirn 6.26-inci LCD, dijana Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera 12MP + 5MP dibelakang, selain kamera swafoto 24-megapixel.

Kita akan mengetahui lanjut mengenai harga jualan kedua-dua telefon pintar ini untuk pasaran tempatan secara rasminya dalam beberapa hari lagi.

Komen