Carian
Apple Dijangka Menambah-Baik Sistem Kamera Face ID Pada iPhone 2019
November 5, 2018 Aman

Apple melalui iPhone terbaru sedia menyertakan dan menggunakan sistem kamera Face ID untuk sekuriti dan nyah-kunci peranti – menggantikan penggunaan Touch ID sebelum ini. Dengan beberapa peranti Android yang turut mula menawarkan ciri lebih kurang sama, ia kini dikatakan Apple akan menaik-taraf sistem kamera Face ID pada iPhone tahun hadapan.

Ia dikatakan sensor baru kelak akan dapat mengecam wajah pengguna dengan lebih baik – selain mengurangkan kebergantungan impak pencahayaan persekitaran dalam mengimbas wajah pengguna.

Langkah ini akan memudahkan pengguna menggunakan Face ID pada pelbagai keadaan cahaya, dan beroperasi dengan pantas tanpa masalah.

Apple sebelum ini telah memperkenalkan ciri Face ID pada iPhone X yang hadir pada 2017. Sejak daripada itu, ia telah diimplementasikan pada semua iPhone terbaru, termasuk turut digunakan pada iPad Pro baru.

Komen