Cari @ Amanz

Honor Play Boleh Didapati Dengan Harga RM1099 Pada 8 November – Kirin 970 Dengan GPU Turbo

Oleh Aman

Link Copied!

Honor Play merupakan salah satu telefon pintar yang dipasarkan memfokuskan kepada permua oleh pihak Honor. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1249, dan menariknya, untuk 8 November 2018 ini, Honor Malaysia akan menawarkan telefon pintar berkenaan pada harga diskaun, iaitu RM1099.

Honor Play RM1099

Seperti ramai sedia maklum, telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi yang agak tinggi, termasuk skrin 6.3-inci bertakuk, cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 3750mAh.

Bagi anda yang telah sekian lama menantikan telefon pintar Honor Play ini, mungkin boleh tandakan kalendar ada pada 8 November ini, dan mendapatkannya pada harga diskaun berbanding harga jualan biasa.


Komen ()