Carian
Google Chrome 71 Akan Mula Menghalang Iklan Yang Mengelirukan Pengguna
November 6, 2018 Aman

Google telah mula memerangi pelbagai variasi iklan yang menganggu pengalaman pengguna melalu pelayar web Chrome. Kini, Google turut mengatakan melalui Chrome 71 yang bakal hadir bulan hadapan, mereka akan mula menghalang iklan-iklan yang mengelirukan pengguna pada sesuatu web.

Antara iklan yang berbentuk mengelirukan ini adalah termasuk iklan yang memaparkan mesej menipu (seperti amaran sistem, notifikasi yang membawa ke iklan dan sebagainya), iklan dengan latar yang diaktifkan apabila anda klik dimana-mana, iklan yang dipaparkan dengan penggunaan elemen seperti “Next” dan butang “Close”, dan pelbagai variasi iklan yang lain.

Google akan menghalang paparan iklan pada keseluruhan web yang mengimplementasikannya, dan pemiliknya perlu menyemak sama ada laman mereka dihalang paparan iklan atau sebaliknya.

Langkah ini sekaligus semestinya mengembirakan ramai pengguna, selain membuat pemilik web supaya tidak memaparkan iklan berbentuk mengelirukan atau menipu ini.

Komen