Cari @ Amanz

Enam tahun yang lalu, kamera digital yang menggunakan sistem operasi Android mula dihasilkan. Ia dilihat sebagai peranti menggabungkan kemudahan telefon pintar dengan kemampuan kamera digital. Tetapi penghasilan kamera Android sudah berkurangan kerana kekurangan pada sistem operasi dan teknologi kamera pada telefon peranti mudah alih yang semakin berkembang.

Tetapi minggu ini Yongnuo YN450 telah dilancarkan di Hong Kong. Ia adalah kamera nircermin pertama yang menggunakan sistem operasi Android. Tidak seperti Galaxy Camera, YN450 menyokong penggunaan lensa Canon EF yang boleh ditukar ganti. Dari segi spesifikasi ia dijana pemproses Qualcomm, memori sebesar 3GB RAM, storan 32GB, sensor utama 16-Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh.

Ya kamera nircermin ini mempunyai kamera swafoto di atas skrin LCD 5″ FHD pada bahagian belakang. Kamera ini mampu melakukan rakaman 4K 30FPS, dilengkapi sistem GPS dan bicu audio 3.5mm. Aneh sekali ia masih menggunakan sistem operasi Android 7.1. Tiada maklumat mengenai harga jualan diumumkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd