Cari @ Amanz

Opera Untuk Android Kini Menghalang Dialog Notifikasi Berkaitan Kuki Pada Web

Oleh Aman

Link Copied!

Sejak implementasi peraturan baru di Eropah, pelbagai laman web antarabangsa yang telah mula mengimplementasi paparan dialog berkaitan penggunaan kuki oleh laman -laman mereka. Ini sekaligus memerlukan anda menekan butang terima atau sebaliknya ketika melayari pelbagai laman web yang mengimplementasikan dan tertakluk dibawah peraturan baru berkenaan.

Opera Android

Walaupun ia mungkin baik pada awalnya, tetapi paparan ia pada pelbagai laman web dan bentuk dialog berkenaan dipaparkan mungkin menjengkelkan beberapa pengguna.

Kini, dalam usaha memudahkan pengguna, Opera untuk Android dikemaskini dan menawarkan tetapan baru yang menghalang paparan dialog berkenaan.

Melalui Opera untuk Android, pengguna boleh memilih untuk menghalang semua kuki, menerima semua kuki, atau menghalang dialog notifikasi berkenaan.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke laman tetapan Opera untuk Android, memilih “Ad Blocking” dan memilih tetapan disana.

Muat-Turun Opera untuk Android

Komen ()