Hyundai Motor sebelum ini telah membuat pelaburan pada Grab bulan Januari 2018 lepas. Kini, pengeluar automotif berkenaan dilihat membuat pelaburan tambahan sebanyak $250 juta pada perkhidmatan seru-pandu berkenaan.
Suntikan dana pelaburan baru pada Grab ini turut telah disertai oleh Microsoft sebelum ini, selain perkhidmatan tempahan penginapan, Booking. Toyota turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan suntikan dana sebanyak $1 bilion tambahan pada bulan Jun lepas.
Dengan pelaburan daripada pihak Hyundai ini, Grab dijangka akan mula menawarkan beberapa kenderaan elektrik keluaran Hyundai dan Kia di Asia Tenggara.
Suntikan dana baru ini meletakkan nilai syarikat Grab mencapai melangkaui $11 bilion.