Carian
Bagaimana Memuat-Turun Gambar Dan Video Dari Akaun Flickr Anda?
November 7, 2018 Aman

Flickr merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian gambar dan video yang popular dikalangan ramai jurugambar dan pengguna seluruh dunia. Sebelum ini, mereka menawarkan storan sehingga 1TB secara percuma, tetapi dengan pengambil-alihan oleh pihak baru, ia berubah dan kini akan mula dihadkan kepada hanya 1000 gambar sahaja.

Gambar pada sesuatu akaun yang melangkaui 1000 gambar atau video akan mula dipadam selepas suatu tempoh masa. Hal ini mungkin tidak mengembirakan ramai pengguna yang telah memuat-naik gambar dan video ke perkhidmatan berkenaan.

Sekiranya anda ingin memuat-turun pelbagai gambar dan video dari Flickr, ia boleh dilakukan dengan mudah melalui halaman tetapan Flickr.

Pertama sekali, anda hanya perlu ke halaman tetapan Flickr, dan menatal sehingga ke bawah. Seterusnya, anda hanya perlu klik pada butang “Request Flickr Data”.

Flickr Download

Sebaik sahaja anda klik-nya, ia akan memproses permintaan anda, dan akan emelkan kepada anda apabila data anda sedia untuk dimuat-turun.

Melalui fail muat-turun berkenaan kelak, ia akan menyertakan bukan sahaja informasi berkaitan akaun anda, tetapi juga gambar dan video yang pernah anda muat-naik ke perkhidmatan berkenaan.

Sekiranya anda pengguna tegar Flickr, dan ingin memuat-turun data anda pada perkhidmatan berkenaan, boleh lakukannya hari ini sebelum terlambat.

Komen