Cari @ Amanz

Nexus 6P Dan Nexus 5X Menerima Tampalan Sekuriti November – Kemaskini Terakhir Buat Siri Nexus

Link Copied!

Sebelum Google memperkenalkan peranti Pixel pada tahun 2016, siri Nexus adalah peranti Android asli yang terbaik. Hadir dengan kemaskini yang pantas, tampalan sekuriti yang baik dan juga pengalaman penggunaan yang hebat. Nexus 5X yang dihasilkan oleh LG dan Nexus 6P yang dihasilkan oleh Huawei ini baru sahaja menerima kemaskini tampalan sekuriti November 2018 dan di laman sokongan Google – peranti ini sudah dilabelkan sebagai dihentikan.

Seperti mana-mana peranti Pixel, Nexus juga antara peranti yang menerima kemaskini sistem operasi dua tahun dan sekuriti selama tiga tahun. Bermula dari Android 6.0 Masrhmallow sehinggalah Android 8.0 Oreo, iaitu tiga sistem operasi berbeza. Sudah pun tiga tahun dan sudah tiba sampainya waktu untuk kedua-dua peranti ini dihentikan sokongannya.

Tetapi, usah risau. Kerana di laman XDA, masih banyak pembangun yang membangunkan custom ROM untuk kedua peranti ini termasuk sistem operasi Android Pie. Jadi, jika anda masih sayangkan peranti ini – masih lagi boleh diselamatkan dengan custom ROM.


Komen ()