Cari @ Amanz

Google Maps Menguji Ciri Melapor Kemalangan Dan Perangkap Laju

Oleh Aman

Link Copied!

Google sebelum ini telah sedia mengintegrasikan data trafik dari Waze ke dalam Google Maps. Kini, selain daripadanya, salah satu ciri popular Waze turut sedang diuji pada aplikasi pemetaan dan navigasi popular berkenaan, iaitu kebolehan membuat laporan berkaitan keadaan trafik di jalan raya.

Google Maps Lapor

Melalui ujian yang dilakukan, Google Maps kini membolehkan pengguna melapor insiden seperti kemalangan dan perangkap had laju sahaja.

Ciri ini dilihat hanya diuji dikalangan segelintir kecil pengguna sahaja buat masa ini. Sekiranya semua berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat Google memperkenalkannya secara meluas kepada semua tidak lama lagi.


Komen ()