Huawei Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Y9 2019. Harga jualan untuknya masih belum diumumkan secara rasmi buat masa ini.
Huawei Y9 2019 hadir dengan skrin 6.5-inci, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera hadapan 16MP + 2MP, selain kamera belakang 13MP + 2MP. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.
Huawei mengatakan akan menawarkan ia bersempena dengan hari jualan 11 November yang popular dengan penawaran pelbagai peranti pada harga kompetitif.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai harga jualannya dalam masa beberapa hari lagi.