Vivo Y93 Rasmi Di China – Hadir Dengan Skrin Bertakuk, Bateri 4030 mAh
Aman
Vivo kini dilihat telah menambah satu lagi telefon pintar berspesifikasi rendah-pertengahan dibawah penawaran mereka, iaitu Vivo Y93. Walaupun berspesifikasi rendah-pertengahan, tetapi telefon pintar ini masih menawarkan rekaan yang menjadi trend pada tahun ini – iaitu penggunaan warna cerun, selain penggunaan takuk kecil dihadapan.

Vivo Y93 hadir dengan skrin 6.2-inci LCD, dilengkapi cip Snapdragon 439, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 21-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh yang dicas menggunakan mikro-USB.
Ciri baru yang lain yang turut hadir pada telefon pintar ini adalah sokongan pengimbas wajah untuk nyah-kunci peranti, selain pembantu maya digital Jovi untuk pengguna di China.
Di China, telefon pintar ini ditawarkan pada harga CNY1,500, iaitu sekitar RM902.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.