Cari @ Amanz

7 bulan lepas, iaitu bulan April – Samsung dilaporkan telah pun mula membangunkan cip pemprosessan Exynos 9820. Cip ini dikatakan akan hadir dengan 30% peningkatan prestasi dan 30% penjimatan kuasa keran menggunakan GPU Mali-G76 MP18. Kemudian, cip Exynos 9820 ini turut dikatakan akan hadir dengan cip kecerdasan terbina NPU. Hari ini, cip ini dilaporkan akan hadir dengan bukan satu cip NPU tetapi dua.

Cip ini dikatakan adalah saingan kepada Kirin 980 dari Huawei, A12 Bionic dari Apple dan Snapdragon 8150/855 dari Qualcomm – iaitu binaan 7nm. Cip NPU ini dikatakan adalah buatan mereka sendiri untuk membantu kerja-kerja pemprosessan kecerdasan buatan. Kemudian, baru-baru ini – Samsung telah memperkenalkan beberapa sensor dalam skrin dan turut telah mempatenkan sensor pengimbas cap jari dalam skrin mereka tersendiri. Cip ini mungkin juga akan membantu sensor-sensor ini berfungsi dengan lebih baik. Tidak lupa juga dengan cip rangkaian 5G.

Dengan trend penggunaan kecerdasan buatan dalam sesebuah peranti pintar yang lebih agresif – Samsung mungkin di masa akan datang (Galaxy S10) mungkin akan hadir dengan lebih banyak fungsi kecerdasan buatan dalam sistem peranti mereka dan bukan sahaja terhad kepada kamera seperti sekarang.

Sumber: etnews, melalui XDA.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd