Oppo sebelum ini telah sedia memperkenalkan teknologi pengecasan pantas terbaru mereka, dinamakan SuperVOOC. Melaluinya, ia menawarkan kemudahan untuk mengecas pantas, membolehkan sesuatu telefon dicas penuh dalam masa kurang sejam.
Terkini, selain hanya menggunakan teknologi berkenaan pada telefon pintar, Oppo turut hadir dengan sebuah powerbank baru yang mengintegrasikan teknologi SuperVOOC ini.
Dinamakan Pikachu Edition SuperVOOC Power Bank, ia hadir dengan kapasiti 10000mAh, selain menawarkan kemudahan pengecasan SuperVOOC dua hala. Ia boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar yang menyokongnya pada kelajuan mencapai 50W (10V/5A).
Buat masa ini, powerbank ini ditawarkan di China sahaja, pada harga 399 Yuan, iaitu sekitar RM239.