Cari @ Amanz

Facebook hari ini dilihat mengemaskini aplikasi Messenger untuk iOS, dan pada senarai kemaskini, mereka turut menyatakan yang mana kelak pengguna boleh nyah-hantar sesuatu mesej yang telah dihantar secara tidak sengaja.

Messenger kelak akan membolehkan pengguna nyah-hantar sesuatu mesej berkenaan dalam tempoh sepuluh minit selepas ia dihantar. Seperti biasa, ia perlu dilakukan sebelum mesej berkenaan dibaca oleh penerima.

Ciri sama juga dijangka akan hadir kepada pengguna Android dalam tempoh lebih kurang sama.

Dengan pengumuman Facebook melalui kemaskini ini, kita mungkin akan dapat melihat ciri ini hadir kepada semua pengguna dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd