Cari @ Amanz

Pocophone F1 Kini Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Merah Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Pocophone merupakan salah satu sub-jenama dibawah Xiaomi, dimana mereka menawarkan telefon pintar dengan ciri-ciri asas, tetapi spesifikasi tinggi pada harga mampu-milik. Selepas menawarkan ia di Malaysia sebelum ini, hari ini Pocophone F1 berwarna merah turut telah dibawah masuk untuk pasaran tempatan.

Model berwarna merah ini dinamakan sebagai Rosso Red, dan pihak Pocophone mengatakan ia ditawarkan dalam kuantiti yang terhad untuk pasaran tempatan.

Pocophone Red

Dari segi spesifikasi, Pocophone hadir dengan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, storan 64GB, dan dijana bateri 4000mAh. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 5MP, selain kamera swafoto 20MP.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Pocophone F1 ini di Malaysia pada harga bermula RM1299. Kelak, bersempena dengan 11.11, pihak Xiaomi dijangka menawarkan diskaun untuk harga jualan Pocophone ini secara terhad.


Komen ()