Skrin jenis AMOLED adalah sejenis skrin yang boleh dilengkungkan. Disebabkan itu peranti seperti Samsung Galaxy yang terkini, Huawei, siri iPhone X atau juga Oppo – hadir dengan rekaan skrin yang hampir nirbingkai dan/atau melengkung di sisi. Dengan teknologi yang makin hari makin canggih – telefon pintar dengan skrin boleh lipat bakal menjadi trend terbaru.
We just announced support for foldables at #AndroidDevSummit, a new form factor coming next year from Android partners.
Android apps run seamlessly as the device folds, achieving this form factor's chief feature: screen continuity. pic.twitter.com/NAfOmCOY26
— Android Developers (@AndroidDev) November 7, 2018
Samsung sudah mempunyai paten dan juga telah mengesahkan kehadiran peranti ini. Malah, baru-baru ini – Samsung turut mengacah kehadiran peranti boleh lipat ini. Royale FlexPai yang baru dilancarkan baru-baru ini adalah salah satu contohnya. Pada acara Android Developer Summit baru-baru ini, Google telah mengumumkan secara rasminya yang sistem Android kini menyokong peranti dengan skrin boleh lipat.
Melalui sokongan ini, peranti dengan skrin boleh lipat akan menjadi lebih lancar. Jadi, para pengeluar tidak perlu berfikir lebih dalam kerja-kerja pengkodan sistem Android untuk peranti ini berfungsi. Dengan sokongan ini, sistem Android boleh mengesan jika peranti berubah dari skrin kecil ke skrin besar apabila dipusingkan atau dibuka dari lipatannya. Menarik sekali, ia bukan sahaja pada sistem – tetapi juga pada aplikasi Android dan Chrome OS.