Samsung Infinity Flex Display Diperlihatkan Untuk Kegunaan Peranti Skrin Boleh Lipat

Samsung Infinity Flex Display Diperlihatkan Untuk Kegunaan Peranti Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada November 8, 2018 oleh .

Misteri rekaan peranti skrin boleh lipat pertama Samsung sedikit terungkai pagi ini apabila rekaan skrinnya telah dipertontonkan di Samsung Developer Conference sebentar tadi. Hanya bahagian skrin yang diberi nama Samsung Infinity Flex Display diperlihatkan terlebih dahulu bagi mengacah hadirin untuk hari-hari seterusnya. Ini adalah evolusi selepas Infinity Display yang dilancarkan dua tahun yang lalu.”>

Apabila di dalam mod tablet, skrin sebesar 7.3-inci mempunyai nisbah 3:2 dengan tiga butang navigasi pada bahagian bawah. Apabila dilipat seperti buku, skrin sekunder pada bahagian “belakang” akan dihidupkan. Dengan kata lain peranti ini mempunyai dua skrin yang berfungsi pada berlainan waktu. Ketika di mod tablet, peranti boleh memaparkan tiga aplikasi secara serentak menggunakan sistem Multi-Active Display.

Menurut Samsung, Infinity Flex Display dihasilkan bagi keperluan pengguna untuk peranti yang mampu berubah mengikut keperluan. Bagi menyokong skrin baharu ini, antaramuka baharu One UI turut diperlihatkan. Infinity Flex Display ini telah sedia untuk digunakan pada peranti skrin boleh lipat Samsung yang akan dilancarkan tahun hadapan.


TIPS & ULASAN