Facebook sebelum ini telah memulakan ujian Facebook Lite dibeberapa buah negara. Kini, aplikasi berkenaan turut telah mula ditawarkan untuk para pengguna di Malaysia.
Facebook Lite merupakan variasi aplikasi media sosial Facebook yang hadir dengan rekaan lebih ringkas, menggunakan data yang lebih sedikit, dan tidak menggunakan ruangan yang besar. Ia turut dioptimasikan untuk negara-negara membangun, sekaligus membolehkan pengguna menonton video walaupun pada talian 2G.
Sebelum ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja, dan kini ia turut diperluaskan untuk para pengguna iPhone. Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi Facebook Lite ini hari ini.
- Muat-Turun Facebook Lite untuk iPhone