Oppo Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka bakal membawa masuk satu lagi telefon pintar baru dibawah siri-R ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Memandangkan Oppo R15 telah pun sedia dilancarkan sebelum ini, maka kita mungkin boleh menjangkakan pelancaran Oppo R17 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.
Jikalau ia mengikut spesifikasi penawaran seperti Oppo R17 di China, maka kita akan dapat melihat penawaran skrin 6.4-inci AMOLED dengan rekaan bertakuk kecil, skrin dilengkapi pengimbas cap jari, dan sokongan memori sehingga 8GB RAM. Telefon ini juga dijangka dilengkapi sokongan pengecasan pantas VOOC.
Buat masa ini, variasi peranti yang bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi – sama ada R17 atau R17 Pro.
Oppo Malaysia menyasarkan pengenalannya bulan November ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.