Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman Netflix bertanggang-jawab mengambil 14% trafik Internet pada tahun lalu. Penstriman kini semakin popular dan warga Malaysia antara yang tertingi di dunia menggunakan Netflix. Di acara See What’s Next Asia yang berlangsung di Singapura hari ini, Netflix mengumumkan 17 kandungan asli dari Asia.

Kandungan yang terdiri daripada rancangan bersiri serta animasi ini dihasilkan oleh karyawan yang berasal dari Filipina.Jepun, Taiwan, Thailand, India dan Korea Selatan. Antara yang menarik ialah siri animasi Pacific Rim yang diterbitkan oleh Craig Kyle (Thor: Ragnarok) dan Greg Johnson (X-Men: Evolution).

Turut diumumkan ialah siri anime Altered Carbon Anime yang menerima sentuhan Dai Sato (Cowboy Bebop, Samurai Champloo) dan Tsukasa Kondo. Siri animasi ini akan berjalan sejajar dengan siri aksi nyata musim kedua kelak. Dari Filipina pula siri animasi Trese yang berlatarbelakangkan makhluk halus dari legenda tempatan yang hidup di dunia moden. Siri ini akan diterbitkan oleh Jay Oliva yang pernah terlibat dengan animasi The Legend of Korra.

Siri animasi lain yang diumumkan ialah Cagaster of an Insect Cage dan Yasuke kedua-duanya dari Jepun. Negara jiran Thailand hadir dengan dua siri aksi nyata seram Shimmers dan The Stranded manakala dari Taiwan pula ialah Triad Princess. Mengecewakan bagi kami ialah tiada siri asli dari Malaysia diumumkan buat masa ini, Untuk penawaran siri tempatan pengguna masih mempunyai pilihan lebih meluas menerusi perkhidmatan lain seperti iFlix buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd