Cari @ Amanz

Fitbit hari ini telah melancarkan gelang tangan kecergasan terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Fitbit Charge 3. Gelang tangan ini meneruskan penawaran dibawah keluarga Charge sebelum ini, dan turut menekankan kepada keupayaan ketahanan bateri mencapai 3 hari lamanya.

Fitbit Charge 3

Fitbit Charge menawarkan kemudahan untuk pengguna memantau aktiviti kecergasan mereka dengan mudah, termasuk pemantauan ketika berenang, selain kemudahan untuk memantau kadar denyutan nadi pengguna.

Fitbit Charge 3 membawakan rekaan kalis air dan selesa ditangan – selain tidak begitu menganggu ketika sedang bersenam. Pengguna turut boleh menggunakan ia bersama telefon pintar, sekaligus membolehkan anda menerima notifikasi – termasuk kemudahan membalas dengan pantas untuk pengguna Android.

Fitbit Charge 3

Di Malaysia, Fitbit Charge 3 dijual pada harga RM728, sementara Fitbit Charge 3 Special Edition yang turut menyertakan sokongan Fitbit Pay untuk pembayaran nirtunai ditawarkan pada harga RM838. Harga jualan yang ditawarkan oleh Fitbit ini di Malaysia adalah sedikit rendah berbanding apa yang diumumkan ketika ia dilancarkan dulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd