Cari @ Amanz

Apple baru-baru ini telah mengemaskini peranti MacBook Air 2018 mereka dengan spesifikasi serba baru, termasuklah sokongan untuk TouchID, teknologi penyulitan storan APFS dan sebagainya khusus untuk keselamatan digital komputer riba tersebut.

Cip Keselamatan T2 di dalam MacBook Air bertanggungjawab untuk mengendalikan semua sistem keselamatan yang hadir di dalam komputer riba tersebut, dan malangnya, cip tersebut turut menghalang pengguna MacBook Air ini daripada memasang sistem operasi Linux kedalamnya.

Pada awalnya, iai disangka bahawa ciri Apple SecureBoot yang menghalang pengguna daripada memasang Linux pada peranti tersebut, tetapi ia telah disahkan oleh pelbagai pengguna bahawa walaupun selepas SecureBoot dinyahaktifkan, mereka masih tidak dapat memasang sistem operasi Linux.

Ini bukanlah kali pertama masalah ini berlaku. Peranti-peranti Apple lain yang menggunakan cip T2 ini seperti Mac Mini, iMac Pro dan MacBook Pro turut terkesan dengan masalah ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd