Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat teknologi sering bereksperimen dengan pelbagai teknologi baru. Terkini, Netflix dilihat memperlihatkan prototaip yang membolehkan pengguna mengawal aplikasi mereka dengan menggunakan gerakan mata.

Daripada demo ringkas yang dipertontonkan, ia menggunakan teknologi Face ID, dan seterusnya membolehkan pengguna memainkan sesuatu rancangan dengan mudah melaluinya. Ia juga membolehkan anda keluar daripada sesuatu skrin dengan menjelir lidah.

Prototaip ini diperlihatkan ketika acara Netflix Hack Day yang diadakan oleh syarikat penstriman berkenaan. Ia sekadar hackathon biasa sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan diperkenalkan kepada umum atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd