OnePlus 6T adalah peranti OnePlus yang kesembilan. Ia hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin dan adalah antara yang terpantas dengan kelajuan hanya 0.34 saat untuk menyahkunci.
Baru minggu ini OnePlus 6T diterima oleh pengguna-pengguna di Malaysia dan kemaskini terus hadir untuk menambahbaik pengimbas cap jari dalam skrin yang digelar ‘Screen Unlock’ ini. Kemaskini ini adalah Oxygen OS 9.0.5. Selain daripada menambahbaik ‘Screen Unlock’, OnePlus turut membaiki beberapa pepijat.
Di sini kita boleh lihat, OnePlus semakin baik dalam membaiki masalah pepijat. Ini kerana, ia menggunakan Oxygen OS yang hampir dengan Android asli – jadi kerja-kerja pengkodan adalah tidak sukar seperti sistem oeprasi Android dengan perubahan antaramuka yang serius.