OnePlus 6T dikatakan mempunyai rekaan nirbingkai yang lebih luas berbanding OnePlus 6. Lebih-lebih lagi adalah bahagian dagunya. Memang puas untuk menonton video-video ulasan di Amanz, filem di Netflix dan membaca artikel. Tetapi, rekaan nirbingkai OnePlus 6T ini memberi kesan negatif kepada paparan aplikasi.
Kesan negatif ini secara langsung memberi pengalaman yang kurang memuaskan. Laporan di adalah daripada bebenang perbincangan OnePlus di Reddit. Disebabkan musykil, kami turut mencubanya dan ia memang memberi masalah dan agak menjengkelkan.
Untuk menyelesaikan masalah ini, pengguna OnePlus 6T tidak boleh menggunakan kawalan gesture iaitu kawalan yang menjadi trend – tetapi hanya boleh menggunakan kawalan navigasi biasa.
Baru-baru ini , OnePlus baru sahaja mengedarkan kemaskini Oxygen OS 9.0.5 yang menambahbaik ‘Screen Unlock’. Harapnya, isu ini akan dibaiki dengan pantas untuk elak dikecam seperti sebelum ini. Disebabkan ramai yang marah dan tidak menyukai akan isu ini – para pengguna Reddit turut menyatakan isu ini jika tidak dibaiki, paparan OnePlus 6T boleh jadi seperti yang di bawah;