Domino’s Pizza merupakan salah satu jenama pizza yang popular dikalangan pengguna tempatan. Kini, selari dengan perkembangan arena e-sukan di Malaysia, pihak Domino’s Pizza hari ini mengumumkan secara rasminya pengenalan Domino’s Esports.
Melalui bahagian baru ini, pengeluar pizza popular berkenaan ingin membantu dalam membangunkan arena e-sukan di Malaysia, selain turut hadir dengan promosi khusus untuk para pembeli mereka.
Bermula November sehingga Disember 2018 kelak, Domino’s menawarkan pakej khusus yang dinamakan Domino’s Good Game Combo. Melaluinya pengguna boleh membeli pakej pizza pada harga bermula RM34.90, dan berpeluang menebus salah satu kod permainan khusus untuk Arena of Valor, Contra:Return atau Free Fire. Penebusan berkenaan akan menawarkan tema, watak, mata wang permainan, atau senjata dalam permainan. Untuk tujuan ini, Domino’s bekerjasama dengan pihak Garena.
Selain daripada itu, Domino’s turut mengatakan akan hadir dengan sejumlah penawaran menarik untuk pengguna tempatan – sekaligus menyumbang dalam pembangunan arena esukan tempatan.