Cari @ Amanz

Vine 2.0 Bakal Dilancarkan Pada Tahun Hadapan – Dinamakan “Byte”

Oleh Aman

Link Copied!

Vine merupakan salah satu aplikasi perkongsian video yang popular beberapa tahun lepas. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menghasilkan video ringkas 6 saat. Ketika pengenalan dan popularitinya suatu ketika dahulu, ia memperlihatkan kehadiran sejumlah pembangun dan penghasil kandungan yang menawarkan pelbagai variasi kandungan kreatif melalui platform berkenaan.

Vine seterusnya telah diambil-alih oleh Twitter, dan perkhidmatan berkenaan telah ditamatkan selepas itu.

Walaubagaimanapun, pengasas Vine tidak begitu gembira, dan telah mengumumkan bakal hadir dengan variasi penawaran Vine 2.0 kepada pengguna tidak lama lagi.

Byte

Kini, lanjutan daripadanya, pembangunnya kini mengatakan perkhidmatan baru ini akan dikenali sebagai “Byte”, dan hadir pada 2019 kelak.

Byte dijangka akan memfokuskan kepada penawaran video yang boleh diputar-main secara berbalik berterusan. Info penuh mengenai perkhidmatan baru ini masih tidak diketahui lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran emel di laman rasmi Byte, dan menerima maklumbalas apabila perkhidmatan berkenaan dilancarkan kelak.

Layari : Byte

Komen ()