Lazada Menyatakan Komitmen Dalam Memperkasakan Ekosistem e-Dagang Dikalangan PKS

Lazada Menyatakan Komitmen Dalam Memperkasakan Ekosistem e-Dagang Dikalangan PKS

Diterbitkan pada November 9, 2018 oleh .

Lazada Malaysia kini berkomitmen tinggi dalam membantu ekosistem e-dagang dikalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menerajui pelbagai peluang dalam industri teknologi serta logistik. Dengan kerjasama Universiti Taobao Alibaba, Lazada telah melancarkan LazStar Academy yang memberikan panduan kepada pengusaha berhubung perniagaan dalam e-dagang. Perihal ini memberikan manfaat kepada ekosistem tersebut yang terdiri daripada penjual, pengguna dan masyarakat tempatan.

Menerusi alternatif ini, penyediaan bantuan kepada PKS diberikan bagi menyokong pendigitalan perniagaan pengusaha untuk meningkatkan lagi akses, jenama barangan, dan rangkaian mereka dalam pasaran e-Dagang secara meluas. Melalui sokongan ini, Lazada percaya pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih mampan dan dapat dipertingkatkan dalam tempoh jangka panjang.

Bersama panel perbincangan, Christophe LejeuneKetua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, menyifatkan, PKS mempunyai peranan penting dalam ekonomi negara. Menerusi kepentingan tersebut, Lazada berkomited dalam mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif kepada pengusaha dengan memperkasakan lagi teknologi, rangkaian dan keupayaan logistik mereka melalui platform e-Dagang.

Manakala Simon Baptist – Ketua Ahli Ekonomi Global dan Pengarah Urusan, Unit Perisikan Ekonomi (EIU) Asia pula menyatakan bagi meningkatkan perkembangan e-dagang di Malaysia, pelaburan yang tinggi juga perlu dipertingkatkan lagi. Kenyataan ini dilihat pada paksi ekonomi negara, dimana majoriti besar perniagaan Malaysia adalah PKS dan hanya 32% sahaja yang menggunakan e-Dagang sebagai platform mereka. Bagi meningkatkan kesedaran ini, sebuah Memorandum Persetujuan (MoA) telah ditandatangani oleh peneraju e-Dagang bersama Universiti MAHSA untuk perkongsian strategik perniagaan dalam platform tersebut.

Bersempena Pesta Beli-belah 11.11 tidak lama lagi, Lazada ingin PKS memanfaatkan rangkaian logistik yang diberikan bagi memudahkan strategi pemasaran jenama pengusaha untuk menembusi pasaran global. Melalui itu, mereka menjangkakan dapat membangunkan seramai lapan juta usahawan e-Dagang dan PKS menjelang 2030 kelak.


TIPS & ULASAN