Carian
Xiaomi Mi 8 Pro Berharga RM2399, Mi 8 Lite Berharga RM999
November 9, 2018 Aman

Xiaomi Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran dua telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Mi 8 Pro dan juga Mi 8 Lite.

Xiaomi Mi 8 Pro hadir dengan spesifikasi tinggi, dan menjadi fokus utama pada telefon pintar berkenaan adalah sokongan pengimbas cap jari yang terbina pada skrin.

Xiaomi Mi 8 Pro hadir dengan skrin 6.21-inci HD penuh, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menyertakan sokongan infra-merah untuk nyah-kunci berasaskan wajah, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Telefon pintar ini menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Xiaomi Mi 8 Lite

Xiaomi Mi 8 Lite pula adalah telefon berspesifikasi pertengahan. Hadir dengan skrin 6.26-inci pada resolusi HD penuh, dijana cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM dan storan 64GB, selain turut ditawarkan dalam variasi 6GB RAM dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah dwi-kamera belakang 12MP + 5MP, selain kamera swafoto 24-megapixel. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 3350mAh.

Di Malaysia, Xiaomi Mi 8 Pro akan dijual pada harga RM2399 bermula 10 November ini melalui kedai fizikal Mi Stores seluruh negara. Untuk Mi 8 Lite pula, versi 4GB RAM ditawarkan pada harga RM999 mulai 10 November, sementara versi 6GB RAM pula akan ditawarkan pada harga RM1299.

Komen